Thursday, 18 November 2021

Mencintai dalam diam

 Hati,

Hati ini akan terus mencintai orang yang sama 

Meskipun sering ditikam belati tanpa henti ,

Mati dalam diam , 

menangis dalam kelam , 

Ketawa dalam suram . 


Maaf hati , 

Kau menjadi taruhan 

Kerana aku mencintai dalam diam , 


Kepada kau , 

Meskipun waktu semakin melewat , 

Aku masih mencintai dalam diam . 

Mungkin kau bilang aku yang bodoh 

Kerana membiarkan cinta menguasai pikiranku 


Tapi .. kau faham erti cinta ? 

Cinta yang membutakan , 

Cinta yang membinasakan , 

Hentinya hanya bila ? 


Bila,

Kau menghilang, 

Menghilang bersama waktu  

Menyepi dengan malam 

Malam yang dulu kau nanti untuk kau gembira , 


Kini , 

Aku terjaga dengan sendu , 

Menatap memori lama dan sedikit rindu 

Namun harus aku sedar , 

Ini reality bukan lagi mimpi 

Akan terus menjadi nyata 

Ini lah  kisah dalam sepi 

Yang hanya mencintai tanpa kata . 

No comments:

Post a Comment

khabar

jika cinta boleh hadir dengan sendiri ,  mengapa perkahwinan lepas kawen masih ujud dikala semua masih memupuk cinta tanpa ikatan .  menjadi...