mengalah meskipun kau tidak salah ,
bukan kerana gagal atau kalah ,
namun kerana semakin dewasa ,
dewasa dengan keadaan dan pengalaman ,
diuji diawal , diberi kegembiraan dipertengahan ,
dan akhirnya dipaksa untuk terus berjuang
berjauhan dari orang tersayang
sangat memaksa diri untuk tidak mnegharapkan ,
namun aku masih bangga kerana
aku mampu tersenyum gembira meskipun merintih kepenatan .
bertambah lagi satu tahun tanpa penguat dan tonggak ,
aku masih boleh berdiri dan berusaha sendiri
walaupun perit tapi perlu ditempuh kerana
tiada signboard uturn dalam diari hidupku
kini semuanya menjadi perkara lepas
dihadapan masih ada bas yang menanti
untuk aku naiki sesuai dengan tujuan
tiada lagi gambaran yang dapat dipaparkan
cukuplah hanya hati yang merasai tanpa meluahkan
semoga tahun 2023 lebih baik dan lebih tabah
hanya untuk menjadikan diri seorang yang berguna
dan memberi sedikit kegembiraan akan datang ...