Monday, 27 March 2023

hadir sekadar mampir

bukan salah waktu , 
bukan juga kita yang salah . 

ia hanyalah putaran sebuah kehidupan , 
ditemukan untuk berpisah , 

pertemuan yang mengajar kita erti sebuah kehidupan , 
hubungan yang biasanya indah diawal 
bak alur yang ditulis dalam sebuah novel , 
mungkin diakhirnya bahagia mahupun derita . 
jika derita akhirnya , sama dengan jalan cerita kita . 

jika benar kita adalah rasa yang tepat diwaktu yang salah , 
harapanku kita saling bertemu dan dijodohkan . 
jika kamu adalah jodoh orang , bukankah aku juga orang ? 

maka tiada lagi harapan selain kita saling menyapa dan bercinta 
jika tidak juga , aku bisa apa . 

aku yang harus berlalu pergi . 
hanya kerana kau ramah , 
langsung ku kira kau rumah 





No comments:

Post a Comment

khabar

jika cinta boleh hadir dengan sendiri ,  mengapa perkahwinan lepas kawen masih ujud dikala semua masih memupuk cinta tanpa ikatan .  menjadi...