Wednesday, 14 February 2024

2 hari

singkat benar pertemuan kita , yang hadir tanpa bilang , 
namun, pamitnya berpesan . sekadar singgah memberi rasa nyaman 
bukan untuk berehat meskipun berteduh , namun hanya untuk melihat dan menyapa khabar . 

khabarnya yang baik2 namun menjadi tidak selepas kata pamit
tidak merasa kehilangan , kata2 angkuh yang hanya dibibir 
walaupun singkat,  kosong rasanya seperti bertahun bersama 

jauh ? ya jauh dimata , disana dan dibayanggan juga 
pesan untuk tidak melupakan 
namun , untuk siapa pesannya ?? aku atau dia ? 

berpegang pada pesan , dan akhirnya pegangannya hilang .
kini aku mula iri pada yang dekat dengan keberadaannya 
tanpa harus berfantasi seperti aku 
aku disini , ada yang iri ? 

tetap berjuang , berjumpa dengan masa hadapan 
berjalan dan teruskan berfantasi seiring waktu 
bisik pada diri , dia datang hanya lintas 
kau beri laluan , bukan ikut haluannya 

Wednesday, 25 October 2023

the strength of love

With every glance, their love deepens, 

A story of love that forever brightens. 

Through storms and sunshine, they stick together , 

A bond so strong, pure, and promising .


Hand in hand, they walk life's winding road, 

Each chapter of their love beautifully writen.

 In every smile, in every tear they share, 

Their love story can't be compare.

Friday, 31 March 2023

pulang

jika sampai waktu ku pulang , 
ajari aku untuk merawat waktu , 
ilmu yang kugali hari demi hari tidak dapat memberi solusi , 
buku yang ku baca hanya menyesakkan dada 
huruf2nya luruh namun keadaan hati terluka 
tersiksa dan tidak terbuka 

jika sampai waktuku pulang 
sekali lagi ajariku melabuhkan kaki tanpa beban 
pulang tanpa kesal dan keluh 
' huhh penatnyaaa.. ' 
tempat asing yang terbuka menerimaku 
hingga aku pulang seperti 
mengunjungi peradaban lain . 

usah disoal buah tangan yang dibawa 
soallah tangan mana yang ada 
semasa aku menangis atau ketawa . 


Monday, 27 March 2023

hadir sekadar mampir

bukan salah waktu , 
bukan juga kita yang salah . 

ia hanyalah putaran sebuah kehidupan , 
ditemukan untuk berpisah , 

pertemuan yang mengajar kita erti sebuah kehidupan , 
hubungan yang biasanya indah diawal 
bak alur yang ditulis dalam sebuah novel , 
mungkin diakhirnya bahagia mahupun derita . 
jika derita akhirnya , sama dengan jalan cerita kita . 

jika benar kita adalah rasa yang tepat diwaktu yang salah , 
harapanku kita saling bertemu dan dijodohkan . 
jika kamu adalah jodoh orang , bukankah aku juga orang ? 

maka tiada lagi harapan selain kita saling menyapa dan bercinta 
jika tidak juga , aku bisa apa . 

aku yang harus berlalu pergi . 
hanya kerana kau ramah , 
langsung ku kira kau rumah 





Thursday, 5 January 2023

2023

mengalah meskipun kau tidak salah , 
bukan kerana gagal atau kalah , 
namun kerana semakin dewasa , 
dewasa dengan keadaan dan pengalaman ,

diuji diawal , diberi kegembiraan dipertengahan , 
dan akhirnya dipaksa untuk terus berjuang  
berjauhan dari orang tersayang 
sangat memaksa diri untuk tidak mnegharapkan , 
namun aku masih bangga kerana 
aku mampu tersenyum gembira meskipun merintih kepenatan . 

bertambah lagi satu tahun tanpa penguat dan tonggak ,
aku masih boleh berdiri dan berusaha sendiri 
walaupun perit tapi perlu ditempuh kerana 
tiada signboard uturn dalam diari hidupku 

kini semuanya menjadi perkara lepas 
dihadapan masih ada bas yang menanti 
untuk aku naiki sesuai dengan tujuan 
tiada lagi gambaran yang dapat dipaparkan 
cukuplah hanya hati yang merasai tanpa meluahkan 

semoga tahun 2023 lebih baik dan lebih tabah 
hanya untuk menjadikan diri seorang yang berguna 
dan memberi sedikit kegembiraan akan datang ...

Thursday, 15 December 2022

bantu aku

perpisahan itu nyata ,
tanpa disedari semesta sudah memberi tanda 
untuk mengakhiri ribuan kenangan , 
dan menghapus jutaan impian. 

kau harus percaya meskipun kau ragu , 
jangan disesali perkara yang sudah berlalu , 
karna tuhan tahu yang terbaik buatmu , 
dan takdir menentukan itu yang harus kau tahu ... 

berusahalah untuk melupakan , 
karna tiada erti untuk bertahan , 
hanya memahat luka yang tidak kunjung reda ,
namun , itulah cinta manusiaa ..  








antagonis

jika nanti kita tidak bertemu lagi , 
bukan kerana hati sudah membenci , 
tetapi kerana takdir yang telah terisi . 
kepada kau , aku mohon jagala diri , 
jagalah peribadi dan jagalah aurat diri . 

jangan kau sok tersakiti jika kau yang menyakiti , 
jika aku adalah antagonis dan orang dibenci saat ini, 
jangan kau lupa aku yang kau pilih saat kau disakiti . 

namun untuk saat ini , 
aku berharap agar kau tidak kembali , 
kembali menyakiti ,
lalu membiarkan ia mati ... 

Tuesday, 13 December 2022

bab terakhir

kau pergi meninggalkan aku dengan luka yang parah , 
luka yang hanya diimaginasi , bukan disisi 
dulu , sentiasa bersamaku adalah janji yang aku ingati .
namun kini , kau tetap melangkah meskipun kau yang salah 

selamat tinggal menjadi kalimat terakhir darimu , 
jika aku tahu itu adalah bab terakhir bersamamu, 
akan ku lakukan apapun agar malam itu menjadi abadi , 
aku takkan membiarkan kau pergi .
dan aku ? sendiri ....

tolong sadarkan aku dari mimpi ngeri ini , 
dan sadarkan aku untuk aku kembali, 
kembali untuk percaya diri , 
dan mencintai diri sendiri ...

kini hal yang aku lakukan denganmu 
sudah tidak kuulangi lagi ,
aku sudah tidak makan aiskrim ,
namun aku masih membelinya 
untuk melihat ia cair dan meleleh ,
dan membayangkan hatiku yang sudah membeku 
kerana CINTAMU ....

Sunday, 6 November 2022

malam dan janji

akulah malam , 
malam yang kau nanti dihujung senja 
gelapku menjadi pangkuan 
untuk kau titipkan segala lelah dunia 

hadirku tanpa suara , 
membawa dingin yang memeluk jiwa 
namun dalam redupnya cahaya 
kau utuskan satu janji 
janji yang melintasi mimpi 
berbisik nyaman , janji untuk mencintai tanpa surut 
namun saat terang menyapa kau tinggal tanpa rasa 

akulah malam yang menjadi saksi bisu 
untuk menjauh dikala cinta 
dan menua tanpa rasa . 

namun tetap disini , menanti kembali 
dengan janji yang diberi 
walau aku tahu 
terag akan merampasmu dari sisi 

Melupakan

Merindui tanpa meluahkan , 
Mencintai tanpa menyatakan , 
Meskipun ianya sakit dan bisa membinasakan , 
namun kau masih tetap berjuang , 
hingga kau yang rapuh ditelan perasaan , 

jika kau mampu bertahan , 
kau juga harus kuat melupakan , 
melupakan orang yang kau rindu dan cinta , 
untuk apa lagi ? 

hanya kau sorang yang menongkah langit 
menanti jawapan tuhan , 
kau soal tuhan itu tidak adil , 

tanpa kau sedar jawapannya ialah melupakan ....
meninggalkan ,,, 
menjauh ,,,,, 

tabah dan kekal berjalan , 
dihadapan ada pelangi yang sedang bersinar . 

Sunday, 5 December 2021

Ubat patah hati ?

 Jika kau tanya aku , 

APA UBAT PATAH HATI ? 

Bagi aku , ubat patah hati bukan mencari ganti 

Tapi mencintai diri sendiri 

Menyendiri ,  dan Introspeksi  


Wahai pencipta bumi , 

kau berikan aku waktu 

Untuk aku balut luka ini 

Tanpa menyakiti diri sendiri . 


Mungkin sudah tersurat ini takdir hidupku ,

Yang penuh dengan prejudis , 

Aku harus tetap berjuang 

Untuk diri sendiri dan bukan untuk orang lain lagi . 


Mungkin waktu yg melewat akan meredakan 

Untuk aku rindu , 

Rindu akan kenangan dan bukan gerangan . 

khabar

jika cinta boleh hadir dengan sendiri ,  mengapa perkahwinan lepas kawen masih ujud dikala semua masih memupuk cinta tanpa ikatan .  menjadi...