Friday, 31 March 2023

pulang

jika sampai waktu ku pulang , 
ajari aku untuk merawat waktu , 
ilmu yang kugali hari demi hari tidak dapat memberi solusi , 
buku yang ku baca hanya menyesakkan dada 
huruf2nya luruh namun keadaan hati terluka 
tersiksa dan tidak terbuka 

jika sampai waktuku pulang 
sekali lagi ajariku melabuhkan kaki tanpa beban 
pulang tanpa kesal dan keluh 
' huhh penatnyaaa.. ' 
tempat asing yang terbuka menerimaku 
hingga aku pulang seperti 
mengunjungi peradaban lain . 

usah disoal buah tangan yang dibawa 
soallah tangan mana yang ada 
semasa aku menangis atau ketawa . 


Monday, 27 March 2023

hadir sekadar mampir

bukan salah waktu , 
bukan juga kita yang salah . 

ia hanyalah putaran sebuah kehidupan , 
ditemukan untuk berpisah , 

pertemuan yang mengajar kita erti sebuah kehidupan , 
hubungan yang biasanya indah diawal 
bak alur yang ditulis dalam sebuah novel , 
mungkin diakhirnya bahagia mahupun derita . 
jika derita akhirnya , sama dengan jalan cerita kita . 

jika benar kita adalah rasa yang tepat diwaktu yang salah , 
harapanku kita saling bertemu dan dijodohkan . 
jika kamu adalah jodoh orang , bukankah aku juga orang ? 

maka tiada lagi harapan selain kita saling menyapa dan bercinta 
jika tidak juga , aku bisa apa . 

aku yang harus berlalu pergi . 
hanya kerana kau ramah , 
langsung ku kira kau rumah 





Thursday, 5 January 2023

2023

mengalah meskipun kau tidak salah , 
bukan kerana gagal atau kalah , 
namun kerana semakin dewasa , 
dewasa dengan keadaan dan pengalaman ,

diuji diawal , diberi kegembiraan dipertengahan , 
dan akhirnya dipaksa untuk terus berjuang  
berjauhan dari orang tersayang 
sangat memaksa diri untuk tidak mnegharapkan , 
namun aku masih bangga kerana 
aku mampu tersenyum gembira meskipun merintih kepenatan . 

bertambah lagi satu tahun tanpa penguat dan tonggak ,
aku masih boleh berdiri dan berusaha sendiri 
walaupun perit tapi perlu ditempuh kerana 
tiada signboard uturn dalam diari hidupku 

kini semuanya menjadi perkara lepas 
dihadapan masih ada bas yang menanti 
untuk aku naiki sesuai dengan tujuan 
tiada lagi gambaran yang dapat dipaparkan 
cukuplah hanya hati yang merasai tanpa meluahkan 

semoga tahun 2023 lebih baik dan lebih tabah 
hanya untuk menjadikan diri seorang yang berguna 
dan memberi sedikit kegembiraan akan datang ...

Thursday, 15 December 2022

bantu aku

perpisahan itu nyata ,
tanpa disedari semesta sudah memberi tanda 
untuk mengakhiri ribuan kenangan , 
dan menghapus jutaan impian. 

kau harus percaya meskipun kau ragu , 
jangan disesali perkara yang sudah berlalu , 
karna tuhan tahu yang terbaik buatmu , 
dan takdir menentukan itu yang harus kau tahu ... 

berusahalah untuk melupakan , 
karna tiada erti untuk bertahan , 
hanya memahat luka yang tidak kunjung reda ,
namun , itulah cinta manusiaa ..  








antagonis

jika nanti kita tidak bertemu lagi , 
bukan kerana hati sudah membenci , 
tetapi kerana takdir yang telah terisi . 
kepada kau , aku mohon jagala diri , 
jagalah peribadi dan jagalah aurat diri . 

jangan kau sok tersakiti jika kau yang menyakiti , 
jika aku adalah antagonis dan orang dibenci saat ini, 
jangan kau lupa aku yang kau pilih saat kau disakiti . 

namun untuk saat ini , 
aku berharap agar kau tidak kembali , 
kembali menyakiti ,
lalu membiarkan ia mati ... 

Tuesday, 13 December 2022

bab terakhir

kau pergi meninggalkan aku dengan luka yang parah , 
luka yang hanya diimaginasi , bukan disisi 
dulu , sentiasa bersamaku adalah janji yang aku ingati .
namun kini , kau tetap melangkah meskipun kau yang salah 

selamat tinggal menjadi kalimat terakhir darimu , 
jika aku tahu itu adalah bab terakhir bersamamu, 
akan ku lakukan apapun agar malam itu menjadi abadi , 
aku takkan membiarkan kau pergi .
dan aku ? sendiri ....

tolong sadarkan aku dari mimpi ngeri ini , 
dan sadarkan aku untuk aku kembali, 
kembali untuk percaya diri , 
dan mencintai diri sendiri ...

kini hal yang aku lakukan denganmu 
sudah tidak kuulangi lagi ,
aku sudah tidak makan aiskrim ,
namun aku masih membelinya 
untuk melihat ia cair dan meleleh ,
dan membayangkan hatiku yang sudah membeku 
kerana CINTAMU ....

Sunday, 6 November 2022

malam dan janji

akulah malam , 
malam yang kau nanti dihujung senja 
gelapku menjadi pangkuan 
untuk kau titipkan segala lelah dunia 

hadirku tanpa suara , 
membawa dingin yang memeluk jiwa 
namun dalam redupnya cahaya 
kau utuskan satu janji 
janji yang melintasi mimpi 
berbisik nyaman , janji untuk mencintai tanpa surut 
namun saat terang menyapa kau tinggal tanpa rasa 

akulah malam yang menjadi saksi bisu 
untuk menjauh dikala cinta 
dan menua tanpa rasa . 

namun tetap disini , menanti kembali 
dengan janji yang diberi 
walau aku tahu 
terag akan merampasmu dari sisi 

Melupakan

Merindui tanpa meluahkan , 
Mencintai tanpa menyatakan , 
Meskipun ianya sakit dan bisa membinasakan , 
namun kau masih tetap berjuang , 
hingga kau yang rapuh ditelan perasaan , 

jika kau mampu bertahan , 
kau juga harus kuat melupakan , 
melupakan orang yang kau rindu dan cinta , 
untuk apa lagi ? 

hanya kau sorang yang menongkah langit 
menanti jawapan tuhan , 
kau soal tuhan itu tidak adil , 

tanpa kau sedar jawapannya ialah melupakan ....
meninggalkan ,,, 
menjauh ,,,,, 

tabah dan kekal berjalan , 
dihadapan ada pelangi yang sedang bersinar . 

Sunday, 5 December 2021

Ubat patah hati ?

 Jika kau tanya aku , 

APA UBAT PATAH HATI ? 

Bagi aku , ubat patah hati bukan mencari ganti 

Tapi mencintai diri sendiri 

Menyendiri ,  dan Introspeksi  


Wahai pencipta bumi , 

kau berikan aku waktu 

Untuk aku balut luka ini 

Tanpa menyakiti diri sendiri . 


Mungkin sudah tersurat ini takdir hidupku ,

Yang penuh dengan prejudis , 

Aku harus tetap berjuang 

Untuk diri sendiri dan bukan untuk orang lain lagi . 


Mungkin waktu yg melewat akan meredakan 

Untuk aku rindu , 

Rindu akan kenangan dan bukan gerangan . 

Thursday, 18 November 2021

Bertambah usiaku

 Tahun semakin bertambah bersama usia , 

Semakin betambah usia , semakin bosan dengan dunia 

Semakin bertambah usia , semakin kenal manusia 

Semakin betamba usia , semakin singkat masa 

 

Ada sebuah ungkapan yang sukarku dibicarakan , 

Lidah aku kelu ,

tergigit namun tidak terasa 

kata kata ku mula tercungap 

Adakah ini tanda penghujung usia? 

 

Wahai usia masa muda ku ,

Kamu selalu menyihatkan aku ,

Membahagiakan aku 

Memberikan aku semangat untuk menjadi lebih sihat. 

Kini , usiaku menua 

Kamu jijik untuk bersamaku semula ?

Tapi kenapa ? 


Usia , 

Mati itu pasti , 

Aku tahu aku hanya manusia biasa yang akan mati bila2 sahaja 

Gigi ku juga berkurang ,

penglihatanku juga tidak jelas lagi ,

Kulitku sudah tidak bermaya 

Sedih , 

sedih , sedih ini akan aku semat di jiwa 

Sehingga aku bertulang di bawah sana . 

 

Mencintai dalam diam

 Hati,

Hati ini akan terus mencintai orang yang sama 

Meskipun sering ditikam belati tanpa henti ,

Mati dalam diam , 

menangis dalam kelam , 

Ketawa dalam suram . 


Maaf hati , 

Kau menjadi taruhan 

Kerana aku mencintai dalam diam , 


Kepada kau , 

Meskipun waktu semakin melewat , 

Aku masih mencintai dalam diam . 

Mungkin kau bilang aku yang bodoh 

Kerana membiarkan cinta menguasai pikiranku 


Tapi .. kau faham erti cinta ? 

Cinta yang membutakan , 

Cinta yang membinasakan , 

Hentinya hanya bila ? 


Bila,

Kau menghilang, 

Menghilang bersama waktu  

Menyepi dengan malam 

Malam yang dulu kau nanti untuk kau gembira , 


Kini , 

Aku terjaga dengan sendu , 

Menatap memori lama dan sedikit rindu 

Namun harus aku sedar , 

Ini reality bukan lagi mimpi 

Akan terus menjadi nyata 

Ini lah  kisah dalam sepi 

Yang hanya mencintai tanpa kata . 

khabar

jika cinta boleh hadir dengan sendiri ,  mengapa perkahwinan lepas kawen masih ujud dikala semua masih memupuk cinta tanpa ikatan .  menjadi...